Friday, September 26, 2008

Tentang Temi: 10 Fakta

Hai kawan-kawan, seorang budak separa kecil bernama Ney telah men'tag' saya di dalam blognya. Oleh kerana mahu memenuhi permintaannya di ambang Aidilfitiri ini, maka saya dengan berbesar hati membuat tag ini. Tag ini berbahasa Melayu, jadi saya harus meneruskannya dengan bahasa Melayu.


1.Sejak lahir lagi, jari manis tangan kiri adalah lebih pendek dari jari manis tangan kanan. Cikgu tusyen saya yang berbangsa Cina pernah menyatakan bahawa maksudnya saya ni banyak 'ong'. Tapi, maaf, saya tetap tidak dapat memberikan 4 nombor ekor kepada anda.

2.Saya suka membaca ruangan Obituary di dalam akhbar berbahasa Inggeris.

3.Mak saya orang Negeri Sembilan, tetapi pernah menetap 10 tahun di Kelantan semasa kecil. Jadi mak saya amat menyukai budaya, makanan, orang Kelantan. Entah kenapa sifat mak saya turun kepada saya. Saya juga mempunyai ramai kawan-kawan berasal dari Kelantan. Kalau saya ditemukan jodoh dengan orang Kelantan, pasti mak saya restu. hahah

4.Ada 2 syarat untuk saya berselera makan nasi. Pedas dan berkuah. Kalau tak pedas mesti berkuah. Kalau pedas tanpa kuah pun boleh. Kalau kedua-duanya sekali lagi syok!

5.Bulan Februari tahun ini saya telah disahkan memunyai penyakit lemah saraf yang pelik. Saya memang berniat hendak menulis mengenai penyakit ini secara terperinci tetapi masa tidak mengizinkan lagi. Mungkin selepas raya.

6.Saya pernah merasai narkotik yang hebat seperti morphine dan ketamine (syok woo naik ke langit!! hehehe), tapi itu hanya untuk menahan sakit selepas pembedahan pada Mei lepas.

7.Paling tidak suka sebarang aktiviti lasak atau pun bersukan. Tetapi berjaya belajar ilmu silat sampai tamat.

8.Seorang manusia 2 alam pernah cuba memberikan RM10 kepada saya kerana saya memanggil dia “Kakak”. Dia kata terharu dengan keikhlasan saya tetapi masa tu saya betul-betul ingat dia perempuan!

9.Nama Temi tidak ada kena-mengena dengan nama betul saya. Kononnya dulu saya bercadang nak bela ikan emas comel dan ikan itu akan dinamakan Temi. Namun sampai sekarang tak bela-bela pon.

10.Saya suka menonton rancangan masakan di tv tetapi saya jarang sekali memasak.

Sekarang saya mahu tag 3 orang rakan yang saya bakal jumpa pada petang ini untuk berbuka:
Cik WRB Hitam
Comot
Maya Daybab

Dan seorang rakan blogger:
Liyana

6 comments:

Ney Joe said...

ehem ehem nambe 3 tu. mlm ni jum carik ciken wing. bayar asing

Anonymous said...

kena tag lagi ke?? wadddduuuuuhhhhhhh....

Sir Pök Déng said...

Well I'm terengganunese. I will be a good husband.

I'll hit u whenever you don't listen to me. I'll choke you up whenever you cooked bad. I'll swear you whenever you failed in bed.

That's sweet. C'mon marry with me. I'm handsome.

Anonymous said...

your entry sounds funny when you write in full BM. hehe.. mcm skema dan 'terpaksa'. haha.

Anonymous said...

Nice job Temi ..... Selamat Hari Raya dear :-)
English or Malay ... what the hell .... just keep writing! Cheers.

BisKut said...

behind these facts, i see a beautiful soul. wish u unending perseverance